Sunday, 22 February 2015
Saturday, 10 January 2015
Beringat untuk diri sendiri
Hai dan Selamat petang ke singgahsana saya..
Sudah sebegitu lama ku tidak updated story morry ku ..Ya, memang kerana sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan urusan kehidupan. Well, tak sibuk manalah nak jadi orang kan. So, ada masa free2 ni, bolehlah ku menulis apa yang terlintas di benak pemikiranku yang berserabai ayat nak tulis.
Here we go, satu hari saya decided nak berubah. Ya, mahu berubah. Saya bukan jahat tapi saya seorang yang pemalas. Saya memang baik pun.hihi. Niatku ingin berubah sikap yang pemalas ke sikap yang lebih rajin dan more energy for to do something better. Owh yeah!! Hidup KERAJINAN. Buang yang malas ambil yang rajin. Tak putus2 ku berdoa semoga menjadi seorang anak yang rajin buat ibubapa tercinta dan tak lupa juga buat diri sendiri yang tercinta lagi bahagia. Kwakwakwa.
Oleh hal sedemikian, pelbagai spekulasi yang telah berlaku dalam hidupku. Yelah, nak sambung belajar ke level yang lebih tinggi tak kesampaian. Macam2 halangan yang berlaku. Kata arwah abohku,'' kalau kita buat sesuatu selepas tu tak menjadi, mungkin ada sebab disebalik sesuatu. Allah taala lebih sayangkan kita. Jadi Allah taala mahu menyekat perancangan kita terlebih dahulu, kot2 mungkin berlaku sesuatu kepada kita. contohnya musibah, tak dapat nak terima bila belajar nanti, mungkin kita akan lupa siapa diri kita dsb supaya kita tidak terus hanyut dengan dunia sekarang. PerancanganNya lebih baik daripada apa yang kita lakukan. Kita sebagai manusia hanya berusaha dan tawakal. '' Memang betul sebab tak disangka abohku meninggal dan saya sebagai anak sulong harus bertanggungjawab terhadap keluarga. Lebih2 lagi saya masih lagi mempunyai adik beradik. Sememangnya saya tidak tahan akan tanggungjawab ini tapi apakan daya saya harus tetap bersemangat. Saya sangat bertuah kerana masih lagi ada yang membantu saya dari belakang iaitu my family dan Allah Taala. Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada.
Jadi, saya seharusnya menjadi lebih rajin supaya tidak menyusahkan orang lain dengan perkara yang remeh temeh. Memang kita sebagai manusia kalau masih ada kudrat, kita harus lakukan sendiri. Tak payah lar nak mengharap sangat dengan orang lain kalau melibatkan sesuatu benda @ masalah yang boleh kita settle sendiri. Kalau minta tolong orang , takpe kalau sekali tapi kalau hari2 mungkin akan berbunyi di belakang. Memang itu lumrah manusia. Masyarakat macam itu, memang tak dapat dielakkan. Kita ni janganlah tumpang sekaki nak dengar orang mengumpat, buruk padahnya..
Teringat pula akan satu kisah orang yang meninggal dunia dalam keadaan baik atau kita panggil mati khusnul khatimah. Kisah ini berlaku dalam sanak saudara keluarga belah ibu saya sendiri. Arwah yang meninggal itu tak lain tak bukan abang kepada ibu saya dan emak kepada ibu saya sendiri ( tok ). Arwah tok dan pak saudara saya meninggal dalam keaadaan baik. Alhamdulillah dengan rahmatNya. Masa mayat disiram air untuk dimandikan, wajahnya sentiasa senyum dan sejuk je orang yang melihatnya seperti terlalu gembira. Bila sudah dikafankan, para lelaki yang mengangkat kerandanya juga ringan. (arwah aboh pun tolong angkat keranda masa tu). Memang ringan sangat dan yang peliknya kubur arwah tok saya juga lebih, penuh pasir macam bukit. SubhanaAllah.. Arwah aboh beritahu, aarwah tok saya masa dia hidup dulu dia tak pernah ambil hak orang mahupun makan sama sekali kalau tak diizinkan. Kalau orang kata macam2 pun dia tak ambil peduli. Manakala arwah pak saudara saya meninggal macam tu juga sebab masa hidup dia , kalau orang lain mengumpat dia pergi jauh2. Dia tak nak dengar. Kadang2 dia dia memang tak suka kalau orang mengumpat, dia akan marah kalau orang mengumpat. Dia tak pernah bercakap buruk akan orang lain. Kalau panggil seseorang tu, dia akan panggil nama orang tu dengan molek. Tak pernah tengking2. Kalau anak2 tak sembahyang dia marah.. Sopan je bila berbicara etc. Semoga arwah sentiasa mendapat rahmatNya. Ya, memang betul. Kita hidup ni perlulah ada rahmatNya ..Dengan rahmatNya kita akan sentiasa selamat dunia dan akhirat. Kita memang boleh bersenang lenang di atas muka bumi dengan nafsu tetapi kita kena ingat yang pembalasan dan hukuman dariNya lagi dasyhat sampai tak terkata. Sakitnya bagaikan membuak2 .Tak tahan. Andai air mata darah pun keluar, tiada siapa yang dapat menolong. Masing2 diri sendiri. Tak ada dah orang2 sekeliling kita.. Cuba bayangkan, orang yang meninggal dalam keadaan penuh dosa kena seksa dalam kubur sekeras2nya oleh malaikat. Nak hidup semula atas dunia, memang dah tak boleh.. Masa kita hidup kita tak ingat..Hah, bila ajal dah sampai kita tak boleh buat rayuan dah,.. Masa anda sudah habis.. Jangan tunggu tua, baru nak taubat sebab yang muda ramai ajalnya tiba.. Itu janji Allah..Kita memang tak boleh lari dari mati. Hanya ajal, jodoh dan rezeki semua ditanganNya..
Marilah sama2 kita bermuhasabah diri..Sekian, dari saya yang sentiasa comel dan cute. hihi
Subscribe to:
Posts (Atom)