Uihhhh sejuknya masa ni sebab hujan turun x henti2..Tp i'm grateful.
Saya di sini ingin berkongsi maklumat pengetahuan saya kepada kamu semua tentang
Setiap Saat bersama dengan Allah S.W.T.
Allright,
Rasulullah s.a.w adalah penyampai agama islam yang mahu umatnya melalui hari-hari dengan hati yang sentiasa bertaut kepada Allah S.W.T. Bangun tidur, hendak tidur, ketika makan, bergembira, bersedih dan sebagainya dengan hati yang penuh dengan keimanan dan akal serta fikiran yang menyegarkan supaya tiada tindakan dan ucapan kita terlepas daripada kawalan kesedaran dengan kehadiran Allah S.W.T.
Janganlah kita membiarkan waktu terbiar atau terbuang begitu saja kerana dibimbangi akan ada syaitan yang meluangkan masa itu bersama-sama kita. Rasulullah s.a.w menghendaki kita sentiasa sedar bahawa suatu masa yang tidak diketahui, kita akan bertemu dengan Allah S.W.T dalam keadaan sedang berdoa kepadanya. Sebab itulah banyak doa yang telah diajari oleh Rasulullah s.a.w. Mesti kita amalkan dalam kehidupan ini.
Rasulullah s.a.w telah memberitahu kepada Abu Hurairah r.a perkara yang akan syaitan lakukan terhadap kita ketika tertidur:
Rasulullah s.a.w bersabda . '' syaitan mengikat 3 belenggu di atas kepala seseorang daripada kamu ketika sedang tidur. Dalam setiap belenggu, syaitan akan menulis, ''engkau memiliki malam yang panjang teruskan tidurmu.'' Jika orang itu terbangun dan mengingati Allah S.W.T, maka akan terlerailah belenggu pertama daripada kepalanya. Jika dia berwuduk, lepaslah belenggu yang kedua dan jika dia solat, maka terlepaslah belenggu yang ketiga. Oleh itu, pada waktu pagi, jiwanya akan bersih dan tenang. Jika tidak, dia akan menjadi malas dan jiwanya akan kotor.'' ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah ).
No comments:
Post a Comment