Okey! Ada apa yaaa untuk hari ini dan semalam?? Urmmm..
For today
Saya wake up early and macam biasa buat kerja sendiri. Lepas tu, sit atas kerusi fikir nak buat hari ini. Tanpa membuang masa, buka lappy macam biasa ..saya listening to music until 1 hour. Boring pula lepas 1 hour. So, main game The Sims pula until 3 hour. Terpandang pula jam kat dinding yang menunjukkan pukul 10.30 a.m. perutku mula berbunyi degil yang menandakan perlu mengisi makanan biar kenyang. ALAMAK!!!! lapar......belum breakfast lagi. ishhh3x
Lepas saya makan makan makan, sambung pula main lappy until now. Saya try write something word dalam laman web and then find laa satu artikel ni. Haaa nak tahu apa?
- 5 khasiat bunga cengkih
- cara solat sunat hajat
- adab tidur Nabi S.A.W
- 10 cara bentuk peribadi mulia
- 8 ubat untuk menguatkan ingatan
5 Khasiat Bunga Cengkih
Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia
4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan
Cara makan:
Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya.
1. Niat
أُُصَلِّي سُنَّةَ حَاجَةٍ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى / مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالًى
“ Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala / mengikut imam kerana Allah ta’ala “
2. Bacaan rakaat pertama
- Doa iftitah
- Fatihah
- Ayat kursi
وَإِلهَـُكُم اِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ, اللهُ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ , لاتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلانَوْمٌ , لَهُ مَا فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَا فِىْ الأرْضِ , مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ ,
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِِهِ إِلاَّ ِبمَا شَآءُ , وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ
d. Surah al-Kafirun ( قل ياأيها الكافرون ) 7 kali
3. Bacaan rakaat kedua
- Fatihah
آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَا أُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ لاَ يُكَلِّفُ الله ُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَااْكتَسَبَتْ
رَبَّنَا لاَ تُؤَا خِذْنَا اِنْ نَّسِيْنَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْناَ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلىَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنـَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى القَوْمِ الكَافِرِيْنَ
c. Surah al-Ikhlas ( قل هوالله أحد ) 5 kali
4. Bacaan lepas solat
a. Banyakkan membaca
اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
b. Banyakkan selawat
اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ عُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ القُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الغَرَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتـِمُ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ ( تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا / فِىْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ )
Adab Tidur Nabi s.a.w
Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Bagi memperjelaskan soalan anda, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW.
Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu perkataanmu).”
Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata:
“Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” (Hadis riwayat Bukhari).
Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” (HR. At-Tirmidzi).
Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).
Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.”
(HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.
Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:
+Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
+Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
+Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
+Tidur dalam keadaan suci.
+Tidur dalam keadaan berwuduk.
+Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.
+Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).
+Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
+Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
+Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam
10 cara bentuk peribadi mulia
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia
dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu
dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia
menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah
pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,
kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah
diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada
kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan
itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu
cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan
orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak
di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih
darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara,
pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas
kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat
melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang
ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di
tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri
kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan
lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan
lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi
kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu
adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan
ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit
dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan
peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
No comments:
Post a Comment