Tuesday, 13 November 2012

Oh Makanan!

Sebut aje makanan, semua orang suka termasuk saya sendiri. Makanan ini terdiri daripada 2 jenis dan ada pula kategori piramid makanan iaitu:


  • healthy
  • non healthy
Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat 
Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara memasak khas, keutamaan dan amalan. Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi . Kajian mengenai makanan pula dipanggil sains makanan.

MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan 
Protein ialah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.


for food calory: please enter here for information.

Oh Petua


Babak baru for this entry:

Kalau sebut PETUA memang berlambak melalui warisan turun-temurun, majalah, internet etc. Tetapi sesetengah petua sahaja yang berguna untuk self and anyone else. Kali ni, saya sangat tertarik akan petua ini. So, nak jugak try letak petua ni dalam blog ni agar menjadi santapan mata saya jika saya ingin membaca dalam blog sendiri. X payah la nak p blog lain. Ala malaslah, blog sendirikan ada. Hehe.

PETUA 1# 

PETUA ISLAM UNTUK KEKAL AWET MUDA.

  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan ke bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar,  kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca ayat 35-38 surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk setiap curahan pertama, mulakan dari kepala.
  • Selepas solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam, Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Rajin-rajinlah membaca al-quran dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik kerana Allah s.w.t.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
*Sumber: www.nisakay.com*

PETUA 2#

PETUA MENGECUTKAN JERAWAT, MELICIN DAN MEMUTIHKAN WAJAH SECARA TRADISIONAL.

  1. Ambil sebanyak mana beras yang ingin digunakan.
  2. Basuh sekali beras tersebut dan rendamkan selama 5 jam atau semalaman beras tersebut supaya beras tersebut lembut.
  3. Basuh sambil membaca kalimah Bismillah sebanyak 3 kali.
  4. Blenderkan beras tersebut sehingga hancur dan menjadi lumat halus. ( kalau nak letak air, hanya sedikit sahaja supaya tidak berair)
  5. Selepas lumat beras tersebut, letak dalam 1 bekas bersih dan tutupkan. Simpan dalam peti sejuk. ( saya suka guna bedak beras dalam keadaan sejuk selepas keluar dari peti sejuk. Memang cool seperti moisterizer plak)
  6.  Biasanya ia akan bertahan selama 3 hari sahaja bergantung cara pembuatannya.
  7. Lumurkan di wajah anda separa atau seluruh. 
  8. Biarkan menjadi kering then barulah bilas muka sebersih-bersihnya.
  9. Muka akan menjadi segar dan sejuk tanpa pelembap. 
* saya lebih suka buat bedak sendiri kerana tanpa bahan tambahan. Tapi kenalah rajin membuatnya,barulah menjadi. Tekan di sini untuk petua lain.





      





 

Non title,YO


Assalamualaikum,

Al saya ingin menyampaikan sebuah nota yang tidak bertajuk atau whatever untuk di baca non-non-non ( hihi ).# Tetapi kadang-kadang note yang non title la boleh jadi banyak story untuk diceritakan kepada uolls etc. Part ni saya memang tertarik for sharing idea.

Before that, ada kata-kata motivasi yang buat saya tertarik untuk merenung dan memikirkannya sekaligus dapat memberi some inspiration for my life. Uolls know '' Live The Life'' yang merupakan words yang paling saya like.

this motivation word always be my minds.

ada ada ada untuk apa?

mestilah untuk ubah suai bilik tidur tapi saya tidak tahu nak buat apa for wall. Then, tinjau-tinjau dalam website ni, terjumpalah wallpaper yang cute, elegant, stylish, modern etc . Kiranya memang suitable for my lifestyle.


wallpaper 1#

wallpaper 2#

wallpaper 3#

Ha, just 3 differences color for wallpaper. Sometime, this design make me feel live in luxury life.
So, habis babak ni.