Tuesday, 13 November 2012

Oh Petua


Babak baru for this entry:

Kalau sebut PETUA memang berlambak melalui warisan turun-temurun, majalah, internet etc. Tetapi sesetengah petua sahaja yang berguna untuk self and anyone else. Kali ni, saya sangat tertarik akan petua ini. So, nak jugak try letak petua ni dalam blog ni agar menjadi santapan mata saya jika saya ingin membaca dalam blog sendiri. X payah la nak p blog lain. Ala malaslah, blog sendirikan ada. Hehe.

PETUA 1# 

PETUA ISLAM UNTUK KEKAL AWET MUDA.

  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan ke bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar,  kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca ayat 35-38 surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk setiap curahan pertama, mulakan dari kepala.
  • Selepas solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam, Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Rajin-rajinlah membaca al-quran dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik kerana Allah s.w.t.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
*Sumber: www.nisakay.com*

PETUA 2#

PETUA MENGECUTKAN JERAWAT, MELICIN DAN MEMUTIHKAN WAJAH SECARA TRADISIONAL.

  1. Ambil sebanyak mana beras yang ingin digunakan.
  2. Basuh sekali beras tersebut dan rendamkan selama 5 jam atau semalaman beras tersebut supaya beras tersebut lembut.
  3. Basuh sambil membaca kalimah Bismillah sebanyak 3 kali.
  4. Blenderkan beras tersebut sehingga hancur dan menjadi lumat halus. ( kalau nak letak air, hanya sedikit sahaja supaya tidak berair)
  5. Selepas lumat beras tersebut, letak dalam 1 bekas bersih dan tutupkan. Simpan dalam peti sejuk. ( saya suka guna bedak beras dalam keadaan sejuk selepas keluar dari peti sejuk. Memang cool seperti moisterizer plak)
  6.  Biasanya ia akan bertahan selama 3 hari sahaja bergantung cara pembuatannya.
  7. Lumurkan di wajah anda separa atau seluruh. 
  8. Biarkan menjadi kering then barulah bilas muka sebersih-bersihnya.
  9. Muka akan menjadi segar dan sejuk tanpa pelembap. 
* saya lebih suka buat bedak sendiri kerana tanpa bahan tambahan. Tapi kenalah rajin membuatnya,barulah menjadi. Tekan di sini untuk petua lain.





      





 

No comments:

Post a Comment