Tuesday, 13 November 2012

Oh Makanan!

Sebut aje makanan, semua orang suka termasuk saya sendiri. Makanan ini terdiri daripada 2 jenis dan ada pula kategori piramid makanan iaitu:


  • healthy
  • non healthy
Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat 
Kebanyakan budaya mempunyai masakan tersendiri: tradisi dan cara memasak khas, keutamaan dan amalan. Kajian mengenai ini dinamakan gastronomi . Kajian mengenai makanan pula dipanggil sains makanan.

MAKANAN SEIMBANG
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan 
Protein ialah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.


for food calory: please enter here for information.

Oh Petua


Babak baru for this entry:

Kalau sebut PETUA memang berlambak melalui warisan turun-temurun, majalah, internet etc. Tetapi sesetengah petua sahaja yang berguna untuk self and anyone else. Kali ni, saya sangat tertarik akan petua ini. So, nak jugak try letak petua ni dalam blog ni agar menjadi santapan mata saya jika saya ingin membaca dalam blog sendiri. X payah la nak p blog lain. Ala malaslah, blog sendirikan ada. Hehe.

PETUA 1# 

PETUA ISLAM UNTUK KEKAL AWET MUDA.

  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan ke bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar,  kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca ayat 35-38 surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk setiap curahan pertama, mulakan dari kepala.
  • Selepas solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam, Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Rajin-rajinlah membaca al-quran dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik kerana Allah s.w.t.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
*Sumber: www.nisakay.com*

PETUA 2#

PETUA MENGECUTKAN JERAWAT, MELICIN DAN MEMUTIHKAN WAJAH SECARA TRADISIONAL.

  1. Ambil sebanyak mana beras yang ingin digunakan.
  2. Basuh sekali beras tersebut dan rendamkan selama 5 jam atau semalaman beras tersebut supaya beras tersebut lembut.
  3. Basuh sambil membaca kalimah Bismillah sebanyak 3 kali.
  4. Blenderkan beras tersebut sehingga hancur dan menjadi lumat halus. ( kalau nak letak air, hanya sedikit sahaja supaya tidak berair)
  5. Selepas lumat beras tersebut, letak dalam 1 bekas bersih dan tutupkan. Simpan dalam peti sejuk. ( saya suka guna bedak beras dalam keadaan sejuk selepas keluar dari peti sejuk. Memang cool seperti moisterizer plak)
  6.  Biasanya ia akan bertahan selama 3 hari sahaja bergantung cara pembuatannya.
  7. Lumurkan di wajah anda separa atau seluruh. 
  8. Biarkan menjadi kering then barulah bilas muka sebersih-bersihnya.
  9. Muka akan menjadi segar dan sejuk tanpa pelembap. 
* saya lebih suka buat bedak sendiri kerana tanpa bahan tambahan. Tapi kenalah rajin membuatnya,barulah menjadi. Tekan di sini untuk petua lain.





      





 

Non title,YO


Assalamualaikum,

Al saya ingin menyampaikan sebuah nota yang tidak bertajuk atau whatever untuk di baca non-non-non ( hihi ).# Tetapi kadang-kadang note yang non title la boleh jadi banyak story untuk diceritakan kepada uolls etc. Part ni saya memang tertarik for sharing idea.

Before that, ada kata-kata motivasi yang buat saya tertarik untuk merenung dan memikirkannya sekaligus dapat memberi some inspiration for my life. Uolls know '' Live The Life'' yang merupakan words yang paling saya like.

this motivation word always be my minds.

ada ada ada untuk apa?

mestilah untuk ubah suai bilik tidur tapi saya tidak tahu nak buat apa for wall. Then, tinjau-tinjau dalam website ni, terjumpalah wallpaper yang cute, elegant, stylish, modern etc . Kiranya memang suitable for my lifestyle.


wallpaper 1#

wallpaper 2#

wallpaper 3#

Ha, just 3 differences color for wallpaper. Sometime, this design make me feel live in luxury life.
So, habis babak ni.



Monday, 4 June 2012

Make me feel uncomfortable..

...you know what i feel become uncomfortable with any condition. I really hate this condition mostly if i've more troubled in my life. So, i wrote an experience yesterday.
Marang
Ermm okay, first things yang Shiera harus bawa sebelum bertolak ke sana:;

  • handphone
  • i/c
  • lip ice
  • chocolate *ifrasanakmakan  
  • handkerchief
  • small bag
  • perfumes
All stuffs ni harus Shiera bawa, kalau tak memang tak berasa selesa nak pergi mana-mana. Shiera memang awake early everday. Pukul 4.30 a.m memang Shiera kena bangun. selepas tu, jam 6.30a.m   Shiera naik motor pergi jalan-jalan ambil fresh air waktu pagi. Actually memang cool la waktu pagi, Shiera memang suka keluar pagi-pagi buta sebabnya vehicle lain memang kurang time ni. Boleh bawa motor laju-laju * kenaikutperaturanla,kalautakkenasaman. Then, Shiera breakfast makan nasi goreng + air teh.
All sibling memang dah bangun tapi belum mandi lagi. Wahahaa, bau mulut sorang2 macam longkang sebab tak gosok gigi. Shiera tak suka orang pengotor, lebih-lebih lagi makan tak gosok gigi. Itu namanya PENGOTOR + PEMALAS ( same category ).
Time pergi Marang just a few aje, (aboh, ma, me,adik lelaki 2 orang) sebab nak hantar pergi PLKN. Rasa rimas pulak duduk dalam kereta lama-lama, kepala pening, rasa nak muntah. Makan chocolate and lihat kereta lain yang saling melintas. Sampai Bandar Marang, rest and lunch. Shiera la yang paling besar ayam goreng...sedap. yang lain hanya sederhana besar. Bila dah start makan, memang tak hirau orang kat sekeliling, asal makan dengan penuh nikmat dan kenyang. 
So, ini menu yang Shiera pilih-







yumm,makan hingga kenyang. Time masuk jalan kg tu, memang ada jalan yang berbukit. Wah, berdebar giler. Selepas tu, masuk pula jalan yang ada cabang, memang kena careful la sebab jalan tu sempit and ada banyak selekoh bahaya. Akhirnya sampai destinasi yang ingin di tuju. Pnas giler cuaca, terang VS panas tanpa air. Dahaga tahap kritikal. Memang ramai orang tapi yang tak bestnya, persekitaran tempat tu tak cantik.. So, tak snap la gambar. 
*****rehat dalam kereta*********







 

Friday, 6 April 2012

TODAY !!!!!

Assalamualaikum and good morning my page,

Okey! Ada apa yaaa untuk hari ini dan semalam?? Urmmm..

For today 


Saya wake up early and macam biasa buat kerja sendiri. Lepas tu, sit atas kerusi fikir nak buat hari ini. Tanpa membuang masa, buka lappy macam biasa ..saya listening to music until 1 hour. Boring pula lepas 1 hour. So, main game The Sims pula until 3 hour. Terpandang pula jam kat dinding yang menunjukkan pukul 10.30 a.m. perutku mula berbunyi degil yang menandakan perlu mengisi makanan biar kenyang. ALAMAK!!!! lapar......belum breakfast lagi. ishhh3x

Lepas saya makan makan makan, sambung pula main lappy until now. Saya try write something word  dalam laman web and then find laa satu artikel ni. Haaa nak tahu apa?


  • 5 khasiat bunga cengkih
  • cara solat sunat hajat
  • adab tidur Nabi S.A.W
  • 10 cara bentuk peribadi mulia
  • 8 ubat untuk menguatkan ingatan
       

5 Khasiat Bunga Cengkih

Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia

4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan:
Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya.



Cara solat sunat hajat



1. Niat

أُُصَلِّي سُنَّةَ حَاجَةٍ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى  / مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالًى

“ Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala / mengikut imam kerana Allah ta’ala “

2. Bacaan rakaat pertama
  1. Doa iftitah
  2. Fatihah
  3. Ayat kursi
وَإِلهَـُكُم اِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ, اللهُ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ , لاتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلانَوْمٌ , لَهُ مَا فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَا فِىْ الأرْضِ , مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ , 
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِِهِ إِلاَّ ِبمَا شَآءُ , وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ

d. Surah al-Kafirun ( قل ياأيها الكافرون  )   7 kali

3. Bacaan rakaat kedua
  1. Fatihah


آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَا أُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ لاَ يُكَلِّفُ الله ُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَااْكتَسَبَتْ

رَبَّنَا لاَ تُؤَا خِذْنَا اِنْ نَّسِيْنَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْناَ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلىَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنـَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى القَوْمِ الكَافِرِيْنَ
c. Surah al-Ikhlas ( قل هوالله أحد   ) 5 kali

4. Bacaan lepas solat

a. Banyakkan membaca

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ  هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

b. Banyakkan selawat

اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نِ  الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ عُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ القُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الغَرَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتـِمُ  وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ ( تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا  /  فِىْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ )



Adab Tidur Nabi s.a.w

Tidur dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Bagi memperjelaskan soalan anda, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi SAW dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad SAW.
Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu perkataanmu).”

Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata:

 “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Se sungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – (HR. At-Tirmidzi).

Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).

Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – 

(HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” – (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis: “Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” – (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud : “Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Sebagai tambahan, satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap Muslim, ada beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadat di sisi Allah SWT.

Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:


+Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.

+Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.

+Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.

+Tidur dalam keadaan suci.

+Tidur dalam keadaan berwuduk.

+Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.

+Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).

+Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.

+Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.

+Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.

Sebagai kesimpulannya ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Wallahu a’lam

10 cara bentuk peribadi mulia

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia
dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu
dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia
menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah
pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,
kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak
mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah
diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada
kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan
itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu
cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan
orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak
di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih
darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara,
pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas
kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat
melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang
ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di
tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri
kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan
lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan
lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi
kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu
adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan
ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit
dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan
peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.