Tuesday, 13 July 2010
SADNESS AND NEVER FORGOT...
My sadness telah pun berlaku, disebabkan kucing kesayanganku telah pun dibuang..Aku rindu sangat-sangat..Air mataku berlinangan mengalir membasahi pipiku.Aku sayang sangat-sangat sehingga aku minta ia dikembalikan kepelukanku..Sejenak mengimbas kembali kenanganku pada kucingku,yang diberi nama Oreni kerana ciri-cirinya yang mencuit hatiku..Bulunya yang lebat, gemuk kekenyangan, tangkas bermain bersamaku..Sebenarnya, Oreni hadir menemani kucingku yang bernama Yom yang baru kehilangan adiknya yang diberi nama Gabby. Gabby telah dibunuh oleh anjing yang kejam sehingga aku melihat bangkainya yang parah sehingga sukar melupakannya. Oreni lah hadir kepada Yom sebagai pengganti Gabby.Oreni selalu bermain dengan Yom dan tidak pernah bermusuh.Yom dan Oreni bagaikan adik-beradik yang sangat rapat..Pagi hari sebelum dibuang, Oreni telah membawa pulang sekotak Whiskers, aku terkejut, dan aku berasa sungguh kagum kerana Oreni pandai mencari makanan dan berjaya pulang ke rumah walaupun dia sesat di blok-blok rumah lain..Oreni adalah kucingku yang sangat bijak dan comel.Ini kerana, aku seorang penggemar kucing dan sangat sayangkan binatang..Aku rindu Oreni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment