Thursday, 29 July 2010

Selamat tinggal kawan terbaik ( tak habis)

Gelak tawa mereka menerjah ke bilik sebelah. Boleh dikatakan setiap hari pasti mereka akan dimeriahkan dengan gelak tawa walaupun hanya sekadar gurauan kecil.Ada sahaja yang menjadi topik perbualan sehingga mendatangkan gelak tawa yang sangat dicemburui oleh orang yang mendengar tawa itu. Sesibuk mana pun mereka,jarang sekali mereka tidak bertegur sapa.Walaupun ada di antara mereka bukanlah penghuni bilik ini,tetapi mereka serasi.
  Apabila malam menjelma,pasti mereka akan duduk semeja di sebuah kedai berhampiran kolej.Bersama-sama melangkah sambil bergurau senda,bergelak ketawa. Riang seperti burung yang bebas berterbangan di angkasa. I barat punguk temui bulannya. Berempat berjalan seiringan menuju ke depan. Sesekali menoleh ke belakang kemudian kembali ketawa.
" malam ni nak makan kueteaw kungfu''.
'' selalu pun ko order kueteaw kungfu la''.
Gelak ketawa kembali mengetup gegendang telinga. Fazira sememangnya setiap malam akan memesan kueteaw kungfu . Baginya kueteaw kungfu adalah terbaik di makan di kedai Hafiz.Walaupun setiap malam menjamah makanan yang sama, dia tidak jemu-jemu.Seperti mana melayan teman-temannya.
 ''Jomlah melintas sekarang,kereta dah tak ada''.
Cepat-cepat mencapai tangan salah seorang temannya. Dia tidak berani melintas jalan.Bukan tidak berani cuma berhati-hati.

No comments:

Post a Comment